Tuesday, 30 October 2012

aiman tak kesah vs let's story mory

Hmm..itulah majoriti rakyat Malaysia sekarang..dengan lebih dekat..muslim yang berpegang pada ajaran Islam..ramai di antara kita, termasuk diri saya sendiri kadang kala, cuba bersikap aiman tak kesah = ignorance bimbang digelar busy body oleh orang lain..Ada pula yang telebih 'busy' sehingga sibuk dengan masalah dan konflik yang dihadapi oleh orang lain = let's story mory.. jangan pelik kerana di bawah ruang sedar, anda mungkin sebahagiannya (termasuk yang menulis) ^_^

Pada pendapat saya,pendapat sayalah yang mungkin betul dan mungkin tidak (hanya sekadar pendapat).. ambil tahu hal sekeliling itu perlu tetapi biarlah pada tempatnya dan suasana ketika itu..takkanlah ketika keluarga tersebut sedang bersedih meratapi pemergian yang tersayang kita dengan lagak seorang doktor bertanyakan dari pangkal hingga ke hujung..tidak perlu saya rasa..pada waktu itu..lebih baik diisikan dengan bacaan al-fatihah dan terus mendoakan semoga roh si mati tenang dan semoga ALLAH mengampunkannya..

Dalam kerjaya pula, ambil tahu itu perlu tetapi biarlah pada perkara yang dapat memajukan diri dan membawa impak yang besar kepada profesion..jika sekadar ambil tahu untuk bagi malu, tidak perlu dan harus dihentikan dengan kadar segera..Ibu saya selalu berpesan, jangan ditambah dosa yang sedia ada dengan dosa kering yang kita buat tanpa sedar..mungkin boleh jadi fitnah terbesar dan kita sekali dapat saham dan bahagiannya kelak..INGAT, fitnah itu lebih buruk daripada membunuh..sedangkan membunuh orang lain hukumannya bunuh, apatah lagi dengan hukuman bagi sang yang memfitnah??? (moga kita dilindungi olehNYA)..

Walaupun baru setahun jagung dengan hingus yang masih meleleh dalam kerjaya saya ini, saya sudah boleh melihat (dengan lebih tepat melakukan pemerhatian) budaya aiman tak kesah dan budaya let's story mory yang sangat berleluasa..saya kira begitu juga halnya dengan kerjaya yang lain..masing-masing turut berdepan dengan situasi yang sama..sangat perit bagi mereka yang terkena dan sangat seronok bagi yang bercerita.. Bukan untuk mengundang simpati atau dijadikan ikitbar, tetapi lebih untuk dijaja sebagai bahan ketawa pengubat jiwa..nauzubillah..

Saya juga kadang kala melatah..Tetapi, apabila difikirkan kembali..kita ialah insan terpilih..dipilih untuk diberikan ujian sebagai salah satu cara menambahkan kekuatan dalaman..ANDA HEBAT..KITA SEMUA HEBAT..yang benar itu akan terbongkar tidak kira dalam apa jua cara, situasi atau masa..Jadi, mari kita beryukur dengan menadahkan tangan dan merendahkan diri kita kepadaNYA..tak rugi kawan~

dan jadikanlah setiap ujian dan konflik yang datang untuk kita tersenyum dan lebih membukakan mata hati dan membukakan fikiran untuk menerima..muhasabahlah diri..positifkanlah hati..biar ia perit tetapi sentiasa ingat ada manis di hujungnya..biar tidak diketahui oleh orang lain..biarlah diri dicaci dan dikeji..biarlah..bukan mereka yang menghitung amalan kita..bukan mereka yang memberi pahala..bukan dari mereka rezeki yang kita terima..kerana mereka juga manusia biasa seperti kita..apalah ada pada pangkat harta kekayaan dan kecantikan dunia..semuanya palsu dan hanya sebagai pelangi dunia yang penuh warna-warni tetapi bersifat sementara..

mutiara hitam saya hari ini:

"keluarkanlah katak dari bawah tempurung..berilah sang katak peluang dan ruang untuk melihat dunia pada perspektif yang lebih luas;) "







:::tak uji..tak sayang:::

~adawiahassan~

Monday, 29 October 2012

nawaitu


Bismillah..
Agak sukar untuk membaitkan satu demi satu patah perkataannya..setelah sekian lama saya agak menyepikan diri dari ruang ini..saya kembali rindu akan kenangan itu..semuanya secara kebetulan dan saya terkedu untuk seketika..kenapa ia datang secara tiba-tiba..semuanya…hampir kesemuanya..walaupun ia dihantar dalam bentuk gambar cuma..saya masih ingat akan ruangan itu..ruangan yang tak pernah kaku bagi saya…terlalu banyak kenangan yang telah saya simpan dalam ruangan itu..tersisip kemas dalam ingatan walaupun ruangan itu telah lama menyepi..atau dengan erti kata lain..telah menjadi sebuah kenangan..masakan boleh dilupakan semua itu..


Saya kembali lagi..bukan sebagai lambang kebanggaan jauh sekali untuk mengangkat diri..sekadar berkongsi kenangan, harapan dan ingatan saya pada waktu ini..jangan ruangan ini disalah ertikan..ini hanya sebuah ruangan usang..untuk si pemiliknya berkongsi suka duka..mungkin terkandung nasihat..mungkin kadang kala agak sinis bunyinya..tapi jujurnya..ia hanyalah sebuah pendapat dan perkongsian dari saya..tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak..jangan..janganlah ruangan ini disalah ertikan lagi..saya mahu anda semua sayangkan saya seperti mana saya sayangkan anda..kerana kita semua adalah sahabat..kerana kita semua adalah saudara..dan pengakhiran kita adalah sama..marilah kita sama-sama berkongsi rasa di dunia yang sekejap cuma  ini..mohon untuk sedikit bersuara..dengan jejari yang tiada apa ini..

Ya ALLAH..permudahkan urusan saya..perbetulkan niat saya..jauhkan saya dari prasangka dan berprasangka..berilah semangat dan kekuatan kepada saya..untuk terus menulis..

Sahabat yang saya sayang..terima kasih kerana memberikan semangat..walaupun dalam bentuk kata-kata yang agak kasar bunyinya tetapi penuh makna^_^

::: where she goes will be easy for her..iALLAH :::

~adawiahassan~