Assalamualaikum dan tirai malam ini ingin disingkap sedikit demi sedikit..iALLAH
Saya sangat beremosi dan marah sebelum saya menunaikan salah satu tanggung jawab saya sebagai seorang
muslim..solat..Saya mula menulis yang bukan-bukan pada status facebook saya kerana saya rasa sangat marah. Marah kenapa ada segelintir pihak di atas dunia ini yang konon-kononnya sombong dan gila kuasa serta tidak amanah. Saya mau mereka di facebook memberikan komen dengan harapan dapat mengurangkan kemarahan saya. dan sebenarnya saya tersilap..langkah dan perbuatan..Tidak terfikirkah saya penyebab dan kenapa kemarahan tersebut datang kepada saya?
Yes..itu ialah ujian daripada ALLAH..untuk memupuk sikap sabar dan untuk memberitahu sejauh mana kesabaran saya menghadapi konflik tersebut..dan status facebook itu dipadam usai saya menunaikan solat maghrib, berdoa dengan penuh pengharapan kepada tuhan, membaca sedikit ayat-ayat suci untuk disedekahkan kepada arwah ayah. dan hati ini mejadi tenang. Tenang setenang-tenangnya..
"Mintalah kepada AKU dengan jalan yang sabar dan tidak berputus asa nescaya AKU akan memperkenankan permintaan kamu "
Nampaknya anger management level saya masih berada pada tahap sangat tidak memuaskan haha..Saya menjadi sangat stress dan beremosi apabila melibatkan sesuatu yang penting terutamanya perkara yang berkaitan dengan karier sy.. Rileks-rileks suda kannn... Gopoh sungguh si Adawiah ini.. Semuanya kunun-kunun mesti well-planned..Tapi perancangan siapa yang lebih hebat?? ALLAH atau kita si manusia biasa ini? #tampar pipi sendiri sampai lebam sebagai denda kerana sombong duduk atas dunia ni ^_^
Pengajaran pada hari ini..Kadang-kadang perlu jadi seperti Po d warrior of Kungfu Panda HEHEHE.. sengal tetapi setia berkhidmat mempertahankan negara kui kui kui..
::::::::::::::sebatang JORAN:::::::::: :::::::sebentuk KAIL:::::::::::
Friday, 21 March 2014
Wednesday, 28 August 2013
bila RINDU menjengah..dan ayat suci itu menjadi ubat
Begini rupanya perasaan hilangnya seorang ayah..Saya cuba melalui hari-hari yang mendatang seperti biasa..Tetapi, sampai satu tahap apabila perasaan rindu itu menyerbu, jernih-jernih mutiara ini akan menitis dengan sendiri tanpa dipinta..Banyak perkara yang kebetulan saya lihat mengingatkan saya pada ayah..Mungkin juga kerana saya tiada siapa yang boleh saya luahkan segalanya kerana kata-kata saya kadang-kala tidak mencerminkan apa sebenarnya yang berada dalam hati dan fikiran saya..dan moga blog ini menjadi tempat saya melepaskan rindu pada ayah yang sudah jauh di mata selain daripada 'berdialog' sendirian dengan sang pencipta..Jika ayah mengetahui betapa rindunya saya pada dia..
'ya ALLAH..ya RAHMAN..ya RAHIM..izinkan saya bertemu dengannya di syurga'
Dalam keadaan kritikal seperti ini, saya sedaya upaya cuba menyembunyikan kesedihan ini di hadapan emak..Emak masih sedang mealui fasa-fasa pemulihan..Alhamdulillah..besi di tangannya (antena tv kata emak) sudah ditanggalkan pada 27.08.13..Selepas ini emak perlu melalui prosedur laser dan pembedahan pada mata kanannya..dan saya harap semuanya berjalan lancar.. (Boh..akak juga akan jaga boh sama macam akak jaga mak kalau boh masih ada..).
Semasa mak di hospital temerloh selepas tragedi tu..Seolah-olah akak rasa boh macam masih ada, dan seolah-olah sedang menjaga mak..Perasaan akak seolah-olah mak berada di hospital dan boh ada kat rumah..perasaannya sama macam mak dekat hospital serdang..Sampai satu tahap..ketika berbuka puasa dengan adik, akak hampir tersasul nak tanyakan adik "makan apa la boh berbuka dengan rumah agaknya"..berderai air mata akak waktu tu..tapi cepat-cepat akak dan adik tahan, takut mak perasan akak dan adik tengah menangis.. dan akak mimpikan boh seminggu selepas boh pergi..dan akak cuba menenangkan diri akak balik bila akak mengingatkan kali terakhir akak cium pipi boh..dan dua minggu sebelum tula kali terakhir akak cium boh sebelum akak balik melaka..Akak ingat lagi boh berdiri kat pintu..akak salam..akak cium pipi boh..dan itu kali terakhir sebelum roh boh keluar dari jasad..
Banyak perkara..banyak perkara yang akak rancangkan untuk mak dan boh..bila boh takde..separuh daripada semangat akak seolah-olah pergi..Patut la boh asyik tanya bila akak nak sambung belajar lagi..patut la boh secara tiba-tiba suruh akak tunang supaya boh dah tak susah hati lagi..kenapa akak tak pernah perasan sebelum ni..Rupanya boh risaukan akak..sebab boh nak tinggalkan akak..
Setiap kali akak lalu tempat mak dan boh jatuh..hati akak sebak..sebab akak tak balik minggu tu..sebab akak nak simpan duit nak balik berbuka dengan mak dan boh..rupanya Allah dah punya perancangan yang lebih baik..Hanya video abah ambil jadi kenangan untuk tragedi tu..dan akak sedar...duit dah tak bermakna apa-apa bila keadaan jadi macam ni..duit tak mampu memulangkan kembali waktu-waktu yang dah pun pergi..
Boh jangan risaukan akak..akak pandai jaga diri..Akak akan terus jaga diri..Al-quran ada dan jadi tempat akak melepaskan rindu ni..ALLAH sentiasa ada bersama dengan akak..Kadang-kadang. akak risaukan mak kat rumah..tapi cepat-cepat akak fikir..ALLAH ada lindungi mak..dan mak..memang susah untuk mak terima kehilangan boh..tapi akak akan cuba sedaya upaya akak mengurangkan kesedihan dalam diri mak..akak tau mungkin makan masa..tak senang...tapi akak akan cuba sedaya termampu akak...
akak selalu cakap dalam hati doakan akak boh sedangkan boh dah takde..sebab akak tau berkat doa boh yang bawak dan jadikan akak sampai tahap ini..boh jangan risau..mak masih ada mendoakan akak..akak cuba jadi anak yang membanggakan mak dan boh..akak takut nak berjanji..tapi akak cuba..
dan akak..jadi impian akak untuk jumpa boh kat sana..tunggu akak boh..
Tuesday, 27 August 2013
KALAH bukan MENYERAH..MENANG bukan SENANG
Post ini sudah lama menjadi draft..kerana sudah lama blog ini tidak dikunjungi..dan ini hasilnya...
Alhamdulillah..demam pilihan raya susah usai..Ada gembira, ada berduka di sebalik keputusan yang diumumkan. Ketelusan dan keadilan?HANYA TUHAN YANG TAHU..Tetapi, bagi yang sudah berjuang dengan niat dan jalan yang betul, kemenangan hanyalah permulaan dan kekalahan bererti perjuangan perlu lebih gigih dan cuba betulkan mana-mana kekurangan.
Pada pendapat saya, bagi BN, mereka mungkin hanya mampu mengukir sedikit senyum berikutan keputusan menang tipis yang mungkin membuatkan mereka berada di tahap bahaya. Kepada PR, mereka perlu merangka strategi jangka panjang supaya dapat menawan semua hati tak kira Melayu, Cina, India atau semua bangsa yang lain..kerana pada saya, sebuah negara ialah satu organisasi hebat yang mampu menyatukan semua hati, mampu sepakat dan bekerjasama untuk menaikkan negara di mata dunia dengan menghapuskan segala ketidakadilan dan perkara-perkara yang menggugat keamananan dengan berteraskn prinsip Islam..kerana majoriti rakyat malaysia adalah beragama Islam. Jika pemimpinnya hebat tetapi negara masih berada pada tahap yang mundur, membimbangkan, dan tahap moral yang rendah, maka itu bukanlah sebuah negara yang hebat..Pempimpin yang hebat itu hanya berada dalam konteks mampu berdiri dan memandang bayang-bayangnya sendiri.. Hebatnya itu pada saya adalah dalam konteks bila mana pemimpin itu berdiri dan bayang-bayangnya mampu melindungi seluruh rakyatnya dalam apa jua perkara yang berlaku..itulah naungan..
SEDIH..kerana fahaman politik yang berbeza membuatkan kita berpecah belah dan tidak bersatu hati..sedih hanya kerana fahaman yang berbeza, kita sudah tidak mampu membezakan apa yang baik dan buruk..sedih apabila hanya kerana fahaman politik yang berbeza, para ulama dan cendekiawan dipandang hina dan dipinggirkan ilmunya..sedih hanya kerana taksub terhadap sesuatu pihak, kita mampu menghalalkan cara hanya kerana memikirkan niat kita yang bersih..jijik bila ada yang berkata
"kesalahan mereka itu biarkan mereka berjawab dengan tuhan kerana yang penting mereka telah berjaya memajukan negara"
hei..agama apa yang anda anuti dan kepercayaan apa yang anda pegang?? Mohonlah keampunan kepada tuhan bukan kepada saya. Jauh dari hati kecil saya, saya simpati dengan anda kerana hormat saya sudah hilang walaupun anda lebih berusia dan banyak makan garamnya.
dan saya bangga..kerana hal ini..ayah saya menjadi ayah saya pada hari ini..walaupun ayah dihina dan dikeji hanya kerana sedikit perjuangan dan perubahan yang dibuat, saya akan tetap sentiasa berdiri teguh di belakang ayah..kerana walau apa niat berada dalam hati ayah, walaupun hati kecil saya tidak tahu dan tidak mengerti..saya akan terus mengkaji dan cuba untuk menjadikannya realiti..kerana saya bangga dengan ayah..saya bangga dengan pergaulannya..saya bangga dengan mereka di sekelilingnya..saya bangga dengan semuanya..saya bertuah kerana lahir hasil dari benih ayah..dan ibu..yang nampak sinis tetapi sokongannya jitu..
Izinkan saya berjuang dengan niat dan jalan yang betul..Jauhkan saya dari bersifat tamak dunia dan mengejar kepentingan diri semata.

Monday, 26 August 2013
TRAGEDI di kala indah menanti hadirnya RAMADHAN
"Boh?nape pulak boh telefon..mak kot sebab semalam bukan main membebel"
Hati pada waktu itu tidak memikirkan langsung perkara yang buruk telah berlaku..dan cuba mendail kembali nombor ayah kerana usai solat zohor..Voicemail..hmmmmm..dan panggilan dari kakak ipar menceritakan segalanya..
"Ada, dekat mana?balik..sekarang..boh accident dengan mak" ALLAHUAKBAR..hendak tumbang ketika itu juga rasanya..Tetapi harus bergerak pantas kerana jarak yang jauh antara melaka dan pahang..Air mata turun berjurai tanpa aku minta..Hati tidak henti-henti menyebut Allahuakbar kerana itu sahaja yang mampu aku ingat dan baca pada waktu itu..Jika tidak, harus gila.
Memandu dalam keadaan perasaan yang penuh dengan seribu soalan..selamatkah mereka..dengan apakah kemalangannya..ya ALLAH..berat sungguh ujianMU..Namun aku harus kuat dek lokasiku yang jauh ratusan batu..
"Ya ALLAH..janganlah KAU ambil kedua-duanya sekali..Tetapi, jika ini kehendakMU..aku redha"
Gilakah aku seolah-olah mendoakan kematian..TIDAK..kerana hanya doa itu yang mampu menyedapkan hatiku pada waktu itu..kerana hati ini sudah tidak ampuh tatkala mendapat panggilan dari kakak ipar sebentar tadi..
"ya ALLAH..berilah aku peluang untuk bersama mereka walaupun sekejap..ya ALLAH..aku tahu KAU tahu.."
"ya ALLAH..aku tahu aku mampu..ya ALLAH..janganlah KAU ambil keduanya sekali dalam sekelip mata...selamatkanlah mereka.."
dan kakakku menelefon lagi..
"kat mana Ada?"
"Awak dah tau ke?"
"haa..tau apa kak intan??"
sedangkan pada waktu itu sebenarnya aku tahu apa yang cuba dimaksudkan..ku cuba untuk menahan hati dan nafsu ini daripada terus menggila..
"Boh dah tak ada"
ALLAHUAKBAR...hanya itu yang mampu aku ungkapkan.Hanya itu perkataan yang mampu dikeluarkan dari bibir yang telah dibasahi air mata..Ikut hati, mau aku jerit sekuatnya..Dunia, ayahku sudah tiada..Dunia, aku anak yatim..Dunia, Ayahku sudah pergi selama-lamanya..
dan kekuatan itu datang secara tiba-tiba.
Aku harus kuat..Boh dah takda..aku harus cepat dan selamat sampai untuk ibuku..Aku harus kuat..Aku harus pandu berhati-hati..Mak sedang menungguku..Walaupun hati ini sudah luluh sebenarnya..Walaupun pandangan ini seolah-olah tiada erti lagi..Namun aku harus selamat sampai demi ibu...
"Hasbunallah...................................."
itulah kekuatanku sepanjang perjalanan menuju ke Pahang..seorang diri..dengan hati ini..dan kekuatannya..ALLAH yang memberi..
Sebaik sahaja sampai di Hospital Temerloh.. Kaki ini sudah tidak gagah untuk melangkah..Aku seolah-olah longlai sebaik pintu kereta ku buka..Hatiku seolah-olah sepi mengenangkan ayah yang telah pergi..ya ALLAH..ujilah aku setakat termampu..Ya ALLAH..di mana ibuku..
di pintu utama Jabatan kecemasan..mereka bertubi-tubi datang memelukku..Aku mahu ibuku..mana dia..mana mak..akak datang mak..akak datang...
Anakku..dapat tak kau bayangkan perasaanku pada waktu itu..dapat tak kau bayangkan kebahagiaan yang dipulangkan semula secara tiba-tiba..dapat tak kau bayangkan perasaan gembira yang direntap sekelip mata..dan itulah diriku pada waktu itu..harus menghadap semua itu ketika usiaku menginjak 26 tahun pada 11.07.13..Tragedi 07.07.13 bersamaan 28 Syaaban menjadi episod duka buatku..aku redha..kerana aku tau aku mampu..Air mata ini tidak mampu disapu..tetapi hati ini masih mampu untuk dipujuk dan diajar untuk menerima..
Sunday, 19 May 2013
biar kurang bilangannya asalkan ia penuh manfaatnya
Biar berlebihan bilangan jari yang tidak dikira itu..
kerana yang sedikit itu yang akan betul-betul membantu...
Saya tidak punya apa..saya tidak memiliki segala
Hanya sekeping hati untuk dikongsi dan diisi
Saya bukanlah sahabat yang baik di kala duka
Waima peneman ketika gembira
Kerana jujurnya..saya kaku..
Hati saya agak sukar untuk bersahabat..dan menerima sahabat
Walaupun realitinya saya punya ramai teman
Saya tahu..saya hatinya kadang-kala seperti batu
Saya tidak bermaksud..dan jauh dari hati kecil saya
Hati saya agak cemburu dengan keakraban kalian
Kadang kala saya berdialog hairan dengan diri sendiri
Kerana tidak mampu menjadi pendamping kepada sesiapa
Kerana saya bukanlah peminat setia manusia..hati saya mudah lesu
Mungkin juga kerana saya terlalu memendam duka pada cerita
lepas
Membuatkan saya menjadi dinding batu pada hari ini
Cuba untuk membuang jauh-jauh awan hitam itu..
Tetapi apabila tidak utuh..ia menjadi titis-titis hujan yang
sangat menyakitkan
Hanya bingkisan kisah ini..yang akan menjadi tinggalan
Hanya gambar-gambar itu, menjadi saksi dan kenangan
Untuk saya ceritakan pada generasi itu nanti
Anakku, jika engkau bersahabat..bersahabatlah dengan iklhas
Dan jangan mengharapkan apa-apa dari persahabatan kalian
Walaupun sekecil penghargaan mahupun ucapan terima kasih
Kerana kelak kalian akan terluka..kelak kalian akan bersedih
Maka bersahabatlah keranaNYA..kerana ukhwah fillah itu..
Indah akhirannya..
Wednesday, 20 February 2013
Terima kasih CIKGU!!!!!CIKGUKU sayaaaanggg
oooh..ohh..ohh..kenapa saya jadi agak tidak tentu arah sepanjang minggu ini..YES!kerana kerja yang tidak bertepi..ke tengah manjang huhuhhu..HAMPIR setiap hari saya sampai di rumah apabila jam melewati angka 6..penat hanya hati yang tau..sangat penat..dan malamnya ke kelas malam memantau selaku penyelaras berjaya..wek!!! (yang menurut arahan lebih tepatnya haha)..
tapi kenapa saya masih jatuh cinta pada karier ini..kenapa hati saya masih di sini? kenapa dan kenapa? jawapan hanya satu.kerana saya SUKA maka SAYA JATUH CINTA.. macam kalau kita sudah tangkap cintan sama seseorang, kita akan sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja..begitu anda dan begitulah saya..
Ramai orang menegur dengan cara berhibur, "jangan merungut..nak pahala tak?"
Sebenarnya saya tidak menganggap semua di atas sebagai rungutan..Pada saya, ia lebih kepada rencah hidangan pelengkap bagi seseorang insan yang telah memilih terpilih dan dipilih untuk menyandang tugas dan tanggung jawab sebagai seorang GURU..Nampak tugasnya seperti kecil tetapi amanah inilah yang akan dipersoalkan di hari kemudian kelak..
RAMAI juga yang cuba menidakkan tugas saya ini..bukan saya tapi lebih tepatnya, KAMI..Bermula daripada sebesar-besar skop tugas, gaji dan kepada sekecil-kecil hal peribadi kami, habis diselongkar seolah-olah kami ini begitu kecil dan tiada apa fungsi di mata MEREKA itu..Tidak saya katakan semua, hanya SEBAHAGIAN orang itu..Tidak mengapa kerana itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada saya. Kerana apa?Saya juga mencari rezeki seperti anda tetapi dengan cara dan melalui minat saya terhadap bidang ini..
Mahu tahu? Kehidupan masa kecil saya sangat gembira..Saya bukanlah datang daripada keluarga mewah tetapi bapa saya sangat tegas orangnya dan telah menanamkan minat saya kepada alam sekolah. Masih saya ingat saya bangun seawal pukul 4 pagi kerana tidak sabar untuk bersekolah sebagai murid Tahun 1. Begitu galak saya mencuba baju sekolah dan kasut sekolah baru dalam kelambu buruk di ruma papan keluarga besar kami pada masa itu.
Mahu tahu juga? Saya pernah diperli oeh seorang guru ketika saya mendapat nombor 7 atau 9 (Saya sudah lupa tetapi buku rekod itu masih kemas saya simpan) pada peperiksaan pertama saya di Tahun 1..Perasaan sedih itu masih saya simpan hingga sekarang..Walaupun saya hanya berusia tujuh tahun pada waktu itu, hati saya agak terguris dan terhiris..Dek kerana teguran sinis itulah menjadikan saya berusaha untuk sentiasa berada di hadapan selepas itu..alhamdulillah..Saya patut berterima kasih kepada guru itu..Oleh sebab peristiwa itulah yang telah menjadikan saya pada hari ini..
Saya juga telah sedar, saya ialah seorang pemikir reflektif tegar..Saya hanya sedar ketika saya berada di IPG..juga daripada seorang guru..Jika beliau terbaca ruangan ini..Saya dengan rasa begitu berbesar hati dari hati kecil semangat besar saya ini mengucapkan terima kasih.. "TERIMA KASIH CIKGU" kerana menjadi sebahagian arkitek yang membina watak saya pada hari ini...Saya tahu beliau tahu walaupun tidak dinyatakan namanya..
NAH!Hebatkan penangan seorang guru?..Itulah salah satu sebab kenapa saya berada di lapangan ini pada hari ini..
Mungkin...mungkin la ada yang akan menyampuk, "Eleh..baru lagi..Memangla berkobar-kobar"
Dengan izin ALLAH..saya akan sentiasa berdoa dan memastikan kobaran itu semakin besar gelombangnya detik demi detik..itu azam saya!
Jadi..jangan dengki..jangan iri..Meh kita cuba realisasi! Jeng..jeng..jeng...=)

Tuesday, 8 January 2013
semangat KENTAL tetap UNGGUL
Ibu memandang anak-anaknya dengan penuh semangat.Ye, semangat.Tak percaya?Perlu percaya kerana ia keramat. Tetapi keadaan sebaliknya.Anak-anak memandang ibu dengan satu perasaan pelik.Tertanya-tanya. Mula memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.Ibu mula merasakan diri seperti makhluk yang asing yang baru tiba di sebuah planet yang ibu adalah watak jahat yang utama.
Ibu tahu.Anak-anak itu malu. Ibu pandang.Mereka diam.Ibu sengih.Salah seorang menangis. Ah sudah.
Parah. Otak mula ligat.Mana idea..Ibu bungkam..dan idea datang..
"Daddy finger..daddy finger..where are you???
"Here I am..Here I am..How do you do??"
Ibu jari ibu mula menari mengikut rentak lagu..Anak-anak mula tertanya..
"Apa tu???" (kata-kata yang terbungkam dalam hati kecil jiwa besar mereka)
Malu tapi mahu..Ish.. dugaan..Jangan..Dalam hati,anak-anak mula bermain perasaan..Nak buat tak hirau,sayang.. Tak dihirau..ia hilang..
Ibu tak hairan..Ibu teruskan..
"Mummy finger..mummy finger..where are you???
"Here I am..Here I am..How do you do???"
Lagak ibu seperti raksasa..Bertanya mana hilangnya mereka??
Tiba-tiba jari-jari itu muncul..Secara tiba-tiba..
Anak-anak terkejut..Mereka tertawa..Ha..dia mula ketawa..Ibu suka..Jari mula bergerak-gerak..mulut merangkak mengikut rentak..Ada yang girang..Biarpun giginya jarang.Ada yang tergaru kepala.Tak faham apa yang berlaku sebenarnya..
Pandang kiri.Pandang kanan..Yang sebelah buat..Yang depan buat..Takkan hendak dibiarkan diri terkulat-kulat.Aku pun mesti buat.Kanak-kanak.Sentiasa merasakan dirinya hebat..Cepatt....Mesti dapat buat..
Mengaku kalah.Mereka lelah.
Akhirnya..Semua gembira.Kelas bermakna.Ibu bangga.Sukar untuk ditafsirkan perasaannya;)

:::anak-anak itu cahaya buat mereka yang mahu memahami:::
~adawiahassan~
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)