Sunday, 19 May 2013

biar kurang bilangannya asalkan ia penuh manfaatnya


Biar berlebihan bilangan jari yang tidak dikira itu..
kerana yang sedikit itu yang akan betul-betul membantu...

Saya tidak punya apa..saya tidak memiliki segala
Hanya sekeping hati untuk dikongsi dan diisi
Saya bukanlah sahabat yang baik di kala duka
Waima peneman ketika gembira
Kerana jujurnya..saya kaku..
Hati saya agak sukar untuk bersahabat..dan menerima sahabat
Walaupun realitinya saya punya ramai teman
Saya tahu..saya hatinya kadang-kala seperti batu
Saya tidak bermaksud..dan jauh dari hati kecil saya
Hati saya agak cemburu dengan keakraban kalian
Kadang kala saya berdialog hairan dengan diri sendiri
Kerana tidak mampu menjadi pendamping kepada sesiapa
Kerana saya bukanlah peminat setia manusia..hati saya mudah lesu
Mungkin juga kerana saya terlalu memendam duka pada cerita lepas
Membuatkan saya menjadi dinding batu pada hari ini
Cuba untuk membuang jauh-jauh awan hitam itu..
Tetapi apabila tidak utuh..ia menjadi titis-titis hujan yang sangat menyakitkan
Hanya bingkisan kisah ini..yang akan menjadi tinggalan
Hanya gambar-gambar itu, menjadi saksi dan kenangan
Untuk saya ceritakan pada generasi itu nanti
Anakku, jika engkau bersahabat..bersahabatlah dengan iklhas
Dan jangan mengharapkan apa-apa dari persahabatan kalian
Walaupun sekecil penghargaan mahupun ucapan terima kasih
Kerana kelak kalian akan terluka..kelak kalian akan bersedih
Maka bersahabatlah keranaNYA..kerana ukhwah fillah itu..
Indah akhirannya..

No comments:

Post a Comment