oooh..ohh..ohh..kenapa saya jadi agak tidak tentu arah sepanjang minggu ini..YES!kerana kerja yang tidak bertepi..ke tengah manjang huhuhhu..HAMPIR setiap hari saya sampai di rumah apabila jam melewati angka 6..penat hanya hati yang tau..sangat penat..dan malamnya ke kelas malam memantau selaku penyelaras berjaya..wek!!! (yang menurut arahan lebih tepatnya haha)..
tapi kenapa saya masih jatuh cinta pada karier ini..kenapa hati saya masih di sini? kenapa dan kenapa? jawapan hanya satu.kerana saya SUKA maka SAYA JATUH CINTA.. macam kalau kita sudah tangkap cintan sama seseorang, kita akan sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja..begitu anda dan begitulah saya..
Ramai orang menegur dengan cara berhibur, "jangan merungut..nak pahala tak?"
Sebenarnya saya tidak menganggap semua di atas sebagai rungutan..Pada saya, ia lebih kepada rencah hidangan pelengkap bagi seseorang insan yang telah memilih terpilih dan dipilih untuk menyandang tugas dan tanggung jawab sebagai seorang GURU..Nampak tugasnya seperti kecil tetapi amanah inilah yang akan dipersoalkan di hari kemudian kelak..
RAMAI juga yang cuba menidakkan tugas saya ini..bukan saya tapi lebih tepatnya, KAMI..Bermula daripada sebesar-besar skop tugas, gaji dan kepada sekecil-kecil hal peribadi kami, habis diselongkar seolah-olah kami ini begitu kecil dan tiada apa fungsi di mata MEREKA itu..Tidak saya katakan semua, hanya SEBAHAGIAN orang itu..Tidak mengapa kerana itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada saya. Kerana apa?Saya juga mencari rezeki seperti anda tetapi dengan cara dan melalui minat saya terhadap bidang ini..
Mahu tahu? Kehidupan masa kecil saya sangat gembira..Saya bukanlah datang daripada keluarga mewah tetapi bapa saya sangat tegas orangnya dan telah menanamkan minat saya kepada alam sekolah. Masih saya ingat saya bangun seawal pukul 4 pagi kerana tidak sabar untuk bersekolah sebagai murid Tahun 1. Begitu galak saya mencuba baju sekolah dan kasut sekolah baru dalam kelambu buruk di ruma papan keluarga besar kami pada masa itu.
Mahu tahu juga? Saya pernah diperli oeh seorang guru ketika saya mendapat nombor 7 atau 9 (Saya sudah lupa tetapi buku rekod itu masih kemas saya simpan) pada peperiksaan pertama saya di Tahun 1..Perasaan sedih itu masih saya simpan hingga sekarang..Walaupun saya hanya berusia tujuh tahun pada waktu itu, hati saya agak terguris dan terhiris..Dek kerana teguran sinis itulah menjadikan saya berusaha untuk sentiasa berada di hadapan selepas itu..alhamdulillah..Saya patut berterima kasih kepada guru itu..Oleh sebab peristiwa itulah yang telah menjadikan saya pada hari ini..
Saya juga telah sedar, saya ialah seorang pemikir reflektif tegar..Saya hanya sedar ketika saya berada di IPG..juga daripada seorang guru..Jika beliau terbaca ruangan ini..Saya dengan rasa begitu berbesar hati dari hati kecil semangat besar saya ini mengucapkan terima kasih.. "TERIMA KASIH CIKGU" kerana menjadi sebahagian arkitek yang membina watak saya pada hari ini...Saya tahu beliau tahu walaupun tidak dinyatakan namanya..
NAH!Hebatkan penangan seorang guru?..Itulah salah satu sebab kenapa saya berada di lapangan ini pada hari ini..
Mungkin...mungkin la ada yang akan menyampuk, "Eleh..baru lagi..Memangla berkobar-kobar"
Dengan izin ALLAH..saya akan sentiasa berdoa dan memastikan kobaran itu semakin besar gelombangnya detik demi detik..itu azam saya!
Jadi..jangan dengki..jangan iri..Meh kita cuba realisasi! Jeng..jeng..jeng...=)