Thursday, 1 November 2012

Sedetik lebih..

Sedetik lebih saya sudah menghirup udara yang dipinjamkan ini..sedetik lebih juga saya sudah mengharungi ruangan kerjaya ini..dan sedetik lebih sudah saya mengenali insan-insan terpilih itu..
Apa lagi yang saya impikan..ialah sedetik lebih untuk saya memohon keampunan dan menghabiskan sisa-sisa hidup saya dengan memberi sebanyak mungkin manfaat dan kebaikan buat orang lain...saya tiada apa..saya insan biasa..tetapi harapan saya ibarat setinggi gunung yang pada mulanya saya fikir sukar sungguh untuk saya gapai....


Tetapi..semakin lama saya berada dalam dunia pendidikan ini..semakin saya sedar..kebaikan itu amat senang untuk dikongsi jika hati itu suci..kebaikan itu akan terus mekar mewangi sekiranya insan itu berusaha untuk terus menyayangi dan memberi..tidak sukar kawan.....


Biarlah ada sesetengah mereka cuba mendustakan apa yang hak dan menegakkan apa yang batil..berdoalah.. Unjukkanlah tangan memohon agar terbuka hati sahabat itu untuk menyayangi dan melindungi kita sebagai salah seorang ahli keluarga..
Benci..marah..sakit hati..terkilan..kecewa..itu lumrah..saya juga begitu kerana saya insan dan insan itu lemah..tetapi sebaiknya kita cuba untuk mengawal penyakit hati itu..lepaskanlah ia dengan cara yang terbaik.. Ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut tidak putus tepung tidak berselerak..


Saya juga sedang memendam sesuatu..tetapi biarlah..hanya DIA dan orang yang saya percaya tahu..menceritakan pada orang lain di sekeliling  mungkin akan memberi sedikit kelegaan tetapi bagi saya,kelegaan itu tidak akan berpanjangan..kembalilah kepada yang telah menciptakan kita..ibarat mesin yang sudah rosak dan perlu dihantar untuk dibaiki..begitulah kita.. Astaghfirullah..dan sujudlah...:)

::: yang kurik kundi :::

~adawiahassan~