Hati pada waktu itu tidak memikirkan langsung perkara yang buruk telah berlaku..dan cuba mendail kembali nombor ayah kerana usai solat zohor..Voicemail..hmmmmm..dan panggilan dari kakak ipar menceritakan segalanya..
"Ada, dekat mana?balik..sekarang..boh accident dengan mak" ALLAHUAKBAR..hendak tumbang ketika itu juga rasanya..Tetapi harus bergerak pantas kerana jarak yang jauh antara melaka dan pahang..Air mata turun berjurai tanpa aku minta..Hati tidak henti-henti menyebut Allahuakbar kerana itu sahaja yang mampu aku ingat dan baca pada waktu itu..Jika tidak, harus gila.
Memandu dalam keadaan perasaan yang penuh dengan seribu soalan..selamatkah mereka..dengan apakah kemalangannya..ya ALLAH..berat sungguh ujianMU..Namun aku harus kuat dek lokasiku yang jauh ratusan batu..
"Ya ALLAH..janganlah KAU ambil kedua-duanya sekali..Tetapi, jika ini kehendakMU..aku redha"
Gilakah aku seolah-olah mendoakan kematian..TIDAK..kerana hanya doa itu yang mampu menyedapkan hatiku pada waktu itu..kerana hati ini sudah tidak ampuh tatkala mendapat panggilan dari kakak ipar sebentar tadi..
"ya ALLAH..berilah aku peluang untuk bersama mereka walaupun sekejap..ya ALLAH..aku tahu KAU tahu.."
"ya ALLAH..aku tahu aku mampu..ya ALLAH..janganlah KAU ambil keduanya sekali dalam sekelip mata...selamatkanlah mereka.."
dan kakakku menelefon lagi..
"kat mana Ada?"
"Awak dah tau ke?"
"haa..tau apa kak intan??"
sedangkan pada waktu itu sebenarnya aku tahu apa yang cuba dimaksudkan..ku cuba untuk menahan hati dan nafsu ini daripada terus menggila..
"Boh dah tak ada"
ALLAHUAKBAR...hanya itu yang mampu aku ungkapkan.Hanya itu perkataan yang mampu dikeluarkan dari bibir yang telah dibasahi air mata..Ikut hati, mau aku jerit sekuatnya..Dunia, ayahku sudah tiada..Dunia, aku anak yatim..Dunia, Ayahku sudah pergi selama-lamanya..
dan kekuatan itu datang secara tiba-tiba.
Aku harus kuat..Boh dah takda..aku harus cepat dan selamat sampai untuk ibuku..Aku harus kuat..Aku harus pandu berhati-hati..Mak sedang menungguku..Walaupun hati ini sudah luluh sebenarnya..Walaupun pandangan ini seolah-olah tiada erti lagi..Namun aku harus selamat sampai demi ibu...
"Hasbunallah...................................."
itulah kekuatanku sepanjang perjalanan menuju ke Pahang..seorang diri..dengan hati ini..dan kekuatannya..ALLAH yang memberi..
Sebaik sahaja sampai di Hospital Temerloh.. Kaki ini sudah tidak gagah untuk melangkah..Aku seolah-olah longlai sebaik pintu kereta ku buka..Hatiku seolah-olah sepi mengenangkan ayah yang telah pergi..ya ALLAH..ujilah aku setakat termampu..Ya ALLAH..di mana ibuku..
di pintu utama Jabatan kecemasan..mereka bertubi-tubi datang memelukku..Aku mahu ibuku..mana dia..mana mak..akak datang mak..akak datang...
Anakku..dapat tak kau bayangkan perasaanku pada waktu itu..dapat tak kau bayangkan kebahagiaan yang dipulangkan semula secara tiba-tiba..dapat tak kau bayangkan perasaan gembira yang direntap sekelip mata..dan itulah diriku pada waktu itu..harus menghadap semua itu ketika usiaku menginjak 26 tahun pada 11.07.13..Tragedi 07.07.13 bersamaan 28 Syaaban menjadi episod duka buatku..aku redha..kerana aku tau aku mampu..Air mata ini tidak mampu disapu..tetapi hati ini masih mampu untuk dipujuk dan diajar untuk menerima..

No comments:
Post a Comment