Wednesday, 28 August 2013

bila RINDU menjengah..dan ayat suci itu menjadi ubat


Begini rupanya perasaan hilangnya seorang ayah..Saya cuba melalui hari-hari yang mendatang seperti biasa..Tetapi, sampai satu tahap apabila perasaan rindu itu menyerbu, jernih-jernih mutiara ini akan menitis dengan sendiri tanpa dipinta..Banyak perkara yang kebetulan saya lihat mengingatkan saya pada ayah..Mungkin juga kerana saya tiada siapa yang boleh saya luahkan segalanya kerana kata-kata saya kadang-kala tidak mencerminkan apa sebenarnya yang berada dalam hati dan fikiran saya..dan moga blog ini menjadi tempat saya melepaskan rindu pada ayah yang sudah jauh di mata selain daripada 'berdialog' sendirian dengan sang pencipta..Jika ayah mengetahui betapa rindunya saya pada dia..

'ya ALLAH..ya RAHMAN..ya RAHIM..izinkan saya bertemu dengannya di syurga'

Dalam keadaan kritikal seperti ini, saya sedaya upaya cuba menyembunyikan kesedihan ini di hadapan emak..Emak masih sedang mealui fasa-fasa pemulihan..Alhamdulillah..besi di tangannya (antena tv kata emak) sudah ditanggalkan pada 27.08.13..Selepas ini emak perlu melalui prosedur laser dan pembedahan pada mata kanannya..dan saya harap semuanya berjalan lancar.. (Boh..akak juga akan jaga boh sama macam akak jaga mak kalau boh masih ada..).

Semasa mak di hospital temerloh selepas tragedi tu..Seolah-olah akak rasa boh macam masih ada, dan seolah-olah sedang menjaga mak..Perasaan akak seolah-olah mak berada di hospital dan boh ada kat rumah..perasaannya sama macam mak dekat hospital serdang..Sampai satu tahap..ketika berbuka puasa dengan adik, akak hampir tersasul nak tanyakan adik "makan apa la boh berbuka dengan rumah agaknya"..berderai  air mata akak waktu tu..tapi cepat-cepat akak dan adik tahan, takut mak perasan akak dan adik tengah menangis.. dan akak mimpikan boh seminggu selepas boh pergi..dan akak cuba menenangkan diri akak balik bila akak mengingatkan kali terakhir akak cium pipi boh..dan dua minggu sebelum tula kali terakhir akak cium boh sebelum akak balik melaka..Akak ingat lagi boh berdiri kat pintu..akak salam..akak cium pipi boh..dan itu kali terakhir sebelum roh boh keluar dari jasad..

Banyak perkara..banyak perkara yang akak rancangkan untuk mak dan boh..bila boh takde..separuh daripada semangat akak seolah-olah pergi..Patut la boh asyik tanya bila akak nak sambung belajar lagi..patut la boh secara tiba-tiba suruh akak tunang supaya boh dah tak susah hati lagi..kenapa akak tak pernah perasan sebelum ni..Rupanya boh risaukan akak..sebab boh nak tinggalkan akak..

Setiap kali akak lalu tempat mak dan boh jatuh..hati akak sebak..sebab akak tak balik minggu tu..sebab akak nak simpan duit nak balik berbuka dengan mak dan boh..rupanya Allah dah punya perancangan yang lebih baik..Hanya video abah ambil jadi kenangan untuk tragedi tu..dan akak sedar...duit dah tak bermakna apa-apa bila keadaan jadi macam ni..duit tak mampu memulangkan kembali waktu-waktu yang dah pun pergi..

Boh jangan risaukan akak..akak pandai jaga diri..Akak akan terus jaga diri..Al-quran ada dan jadi tempat akak melepaskan rindu ni..ALLAH sentiasa ada bersama dengan akak..Kadang-kadang. akak risaukan mak kat rumah..tapi cepat-cepat akak fikir..ALLAH ada lindungi mak..dan mak..memang susah untuk mak terima kehilangan boh..tapi akak akan cuba sedaya upaya akak mengurangkan kesedihan dalam  diri mak..akak tau mungkin makan masa..tak senang...tapi akak akan cuba sedaya termampu akak...

akak selalu cakap dalam hati doakan akak boh sedangkan boh dah takde..sebab akak tau berkat doa boh yang bawak dan jadikan akak sampai tahap ini..boh jangan risau..mak masih ada mendoakan akak..akak cuba jadi anak yang membanggakan mak dan boh..akak takut nak berjanji..tapi akak cuba..

dan akak..jadi impian akak untuk jumpa boh kat sana..tunggu akak boh..



No comments:

Post a Comment