Monday, 7 January 2013

hati KACA

bila budak itu mula menulis apa yang tersirat di hatinya..

Kadang-kadang, seorang lelaki itu sangat susah nak faham apa yang ada dalam hati seorang perempuan.. bukan salah arjuna pun kerana mereka sebolehnya sedaya-upaya cuba untuk faham dalam sudut dunia mereka.Tapi malangnya, ia tak mencapai tahap pemikiran yang kompleks seperti seorang perempuan lagaknya berfikir.

Arjuna begitu bimbang jika harum mawar mula merasa tidak selamat dan rasa terabai.Maka arjuna yang gagah seperti seorang hero cuba untuk mengambil berat sebaik mungkin dan malangnya misi mereka menemui jalan buntu.Kerana apa?Jawapannya ada di situ..kerana perempuan itu diciptakan sebagai salah satu ciptaan yang unik dan terlalu indah..

Fikiran harum mawar terlalu jauh ke hadapan tetapi tindakan mereka mendahului upaya akal dan fikiran selalunya lah..mulut dah berbunyi sedangkan akal dan hati tidak membawa maksud dengan apa yang telah keluar dari mulut.

Arjuna, kelemahan harum mawar itulah kelebihan mereka..kerana harumnya mawar itulah pendamping arjuna.Mampan dan teguhnya kebanyakan lelaki hebat di dunia kerana di belakangnya teguh menanti mawar yang setia...Jangan abaikan bisik hati kecil harum mawar itu tetapi sebaiknya semburkannya dengan haruman penuh kasih-sayang yang berkekalan.

Belajar sabar dan menerima..Ungkapan bijak yang harus sentiasa ada dalam hati berbunga harum mawar dan arjuna..kerana mawar itu wangi tetapi terlalu berduri dan menanti huluran gagah tangan arjuna yang berjaya mengharungi cabaran untuk menggapai dan menyunting harum mawar...dan misi mereka begitu jelas, berjuang menuju jalan ke syurga;)


:::tak marah tak sayang:::

~adawiahassan~

No comments:

Post a Comment