Monday, 7 January 2013

LUAR BIASA di sebalik yang BIASA

Kisah 1:

Harum mawar mula memanjangkan muncungnya sepanjang yang boleh.Protes.Ingkar. Dalam erti kata lain cuba untuk menarik perhatian.Arjuna mula radang.Hilang sabar tapi sayang. Suasana dingin.Perasaan kurang kasih-sayang mula menyelubungi diri masing-masing.Ego.Tahan perasaan.Elak tertekan.

Kelopak mata harum mawar mula berkaca. Tahan.Malu.Geram. Langkah dihayun perlahan.Layu.Kuyu. Arjuna memandang.Geram.Bengang.Kalau adik sudah lama tangan melayang.Ikut hati, mati.

http://e-nadd.blogspot.com/2010/04/nn-penang-assam-laksa.html
ini LAKSA
Di suatu sudut, harum mawar terpandang.Hati berbunga perasaan melayang.Perasaan marah hilang.Entah pukang ke mana.Langkah semakin laju menuju tempat yang ingin dituju.Mata bercahaya.Lupa sengketa.

Arjuna hairan.Lagaknya seolah tiada perasaan.Mata melirik.Bimbang diejek.Hati tertanya.Apa yang istimewa.




Harum mawar gembira. Dengan dulang yang tersedia, langkah sekata ke arah arjuna. Senyum.Harum. Arjuna jelik.Kerana sayang,arjuna diam.Terpinga-pinga.Pandang ke dulang.LAKSA.Arjuna ketawa.Harum mawar gembira.Berakhir kisah duka.Menyulam bahagia.

:::ada yang luar biasa di sebalik yang biasa:::

~adawiahassan~

No comments:

Post a Comment