Ibu tahu.Anak-anak itu malu. Ibu pandang.Mereka diam.Ibu sengih.Salah seorang menangis. Ah sudah.
Parah. Otak mula ligat.Mana idea..Ibu bungkam..dan idea datang..
"Daddy finger..daddy finger..where are you???
"Here I am..Here I am..How do you do??"
Ibu jari ibu mula menari mengikut rentak lagu..Anak-anak mula tertanya..
"Apa tu???" (kata-kata yang terbungkam dalam hati kecil jiwa besar mereka)
Malu tapi mahu..Ish.. dugaan..Jangan..Dalam hati,anak-anak mula bermain perasaan..Nak buat tak hirau,sayang.. Tak dihirau..ia hilang..
Ibu tak hairan..Ibu teruskan..
"Mummy finger..mummy finger..where are you???
"Here I am..Here I am..How do you do???"
Lagak ibu seperti raksasa..Bertanya mana hilangnya mereka??
Tiba-tiba jari-jari itu muncul..Secara tiba-tiba..
Anak-anak terkejut..Mereka tertawa..Ha..dia mula ketawa..Ibu suka..Jari mula bergerak-gerak..mulut merangkak mengikut rentak..Ada yang girang..Biarpun giginya jarang.Ada yang tergaru kepala.Tak faham apa yang berlaku sebenarnya..
Pandang kiri.Pandang kanan..Yang sebelah buat..Yang depan buat..Takkan hendak dibiarkan diri terkulat-kulat.Aku pun mesti buat.Kanak-kanak.Sentiasa merasakan dirinya hebat..Cepatt....Mesti dapat buat..
Mengaku kalah.Mereka lelah.
Akhirnya..Semua gembira.Kelas bermakna.Ibu bangga.Sukar untuk ditafsirkan perasaannya;)
:::anak-anak itu cahaya buat mereka yang mahu memahami:::
~adawiahassan~



